Sunday, September 7, 2008

* Beli-Belah!! *

Yayy!! Inilah entri saya yang terakhir!! (kesepuluh) :)) Saya mengetahui bahawa saya tidak boleh membawa kamu semua ke pusat beli-belah, tetapi..saya boleh menunjukkan kepada kamu semua melalui entri ini !! XD


Saya berasa sangat gembira!!
Dalam sekelip mata, sampailah entri saya yang kesepuluh =) Adakah kamu semua suka membeli-belah? Saya memang suka. Membeli-belah merupakan aktiviti kegemaran saya sejak kecil, terutamanya semasa saya mempunyai masa lapang ataupun semasa saya berasa bosan. Kawan-kawan saya sering merungut kerana penat membeli-belah dengan saya yang tidak pernah letih, tetapi saya tidak peduli. Ada di antara kita mendapati beli-belah adalah suatu aktiviti yang membuangkan masa, tetapi saya tidak berpendapat begitu. Sebagai seorang yang amat menilai fesyen-fesyen sekarang, saya mendapati aktiviti membeli-belah dapat meningkatkan inspirasi saya terhadap fesyen terkini. Selain itu, saya berasa bahawa aktiviti ini amat seronok dan menyenangkan.


Marilah saya menceritakan pengalaman beli-belah saya baru-baru ini. Beberapa hari yang lalu, ibu saya telah membawa saya ke ‘Orchard Road’. Seperti biasa, keadaan sekitar Orchard Road dihiaskan dengan pelbagai jenis dekorasi yang menarik dan berwarna-warni. Seketika kami menjejak kaki dalam pusat membeli-belah, beramai-ramai orang jalan melepasi kami bagaikan aliran sungai yang kencang. Pelbagai jenis barang memikat hati saya, saya menjadi rambang mata melihat barang-barang yang telah dipamerkan. Selain itu, saya juga telah pergi ke pawagam untuk menonton wayang dengan ibu saya. Wayang gambar itu amat menarik minat kami serta menyeronokkan.


Saya membeli banyak bárang-barang mengenai fesyen. Antaranya ialah, aksesori seperti rantai leher, beg wang, kasut, dan lain-lain. Saya suka memakai rantai yang panjang sehingga ke dada saya, seperti yang ditunjukkan dalam gambar itu. Bagi kasut, selain 'pumps' (kasut yang telah saya perkenalkan sebelum ini), saya juga suka 'boot:Ds' Saya juga telah membelikan satu beg untuk meletakkan wang dari kedai Gucci. Semua barang yang telah dibelikan ini amat memadan dengan fesyen terkini!

Kesimpulannya, trip membeli-belah ini amat sukaria dan menggembirakan. Oleh itu, walaupun aktiviti membeli-belah adakalanya mendatangkan kerugian, ia juga mempunyai keuntungan.



Bye-bye semua! Berharap kita dapat jumpa lagi!!


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://www.thegirleycloset.com/images/gucci%20flap%20purse.jpg, http://fashionista.com/images/shopping.jpg & www.pbase.com

* Fashion Show *

Kini datanglah ke entri saya yang kesembilan :) Apakah khabar kamu semua? Saya berkhabar baik ^_^! Pada kali ini, saya membuat keputusan untuk meceritakan tentang 'Fashion Show'. 'Fashion Show' merupakan suatu pameran yang diorganisasikan oleh pengagas fesyen yang akan mempertunjukkan kepada kita barisan pakaiannya. Dalam satu khas 'Fashion Show', peragawati akan berjalan 'catwalk' dalam pakaian yang dicipta oleh pengagas fesyen itu.

Saya sendiri merupakan peminat wayang 'Fashion Show'. Wayang ini
sangat menyeronokkan dan menarik. Salah satu daripada kegemaran saya ialah 'American Next Top Model'. 'American Next Top Model' (sering diringkaskan sebagai ANTM) merupakan satu wayang televisyen realiti yang menggambarkan beberapa perempuan bertanding untuk mendapatkan gelaran
American Next Top Model, yang akan diberikan peluang untuk memulakan kerjayanya dalam bidang pemodelan.

Dari wayang ini, saya mendapat tahu lebih banyak tentang fesyen terkini dari segi rambut, pakaian, dan lain-lain. Ia menunjukkan saya cabaran dan rintangan yang ditempuhi oleh peserta-peserta di situ yang amat benar dan berealiti. Saya berasa fesyen sekarang telah menukar dan ramai orang gemar memakai sedikit sahaja, mungkin kerana sekarang merupakan musim panas. Ramai orang dalam wayang itu gemar memakai baju yang panjang (sehingga paha) dan seluar pendek. Bukan sahaja mereka yang berpakaian begitu, tetapi banyak orang juga sama begitu.

Saya akan sentiasa mengikut aliran fesyen ini dari semasa ke semasa dan saya bersudi untuk menukar fesyen saya mengikuti kebanyakan, tetapi keunikan diri masih perlu dikekalkan. :D

Sampailah ke akhir entri saya :) Jumpa lagi!!

Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://i35.photobucket.com/albums/d199/christinexkang/chanel3.jpg, http://www.acsu.buffalo.edu/~jessilee/logo.jpg & www.criticsrant.com



Saturday, September 6, 2008

* Sumber Fesyen *

Selamat pulang ke blog saya!!! Ini entri saya yang kelapan!!!! :)) Kali ini, saya akan menceritakan tentang sumber inspirasi fesyen saya. Saya amat suka membaca majalah dari apa-apa segi, terutamanya dalam bahagian fesyen. Majalah yang pertama dalam dunia ini ialah The Gentleman's Magazine yang berasal dari London oleh Edward Cave dalam Januari, 1731. Ia merupakan majalah yang pertama dalam menceritakan tentang minat general.

Terdapat pelbagai jenis majalah, antaranya ialah, Vogue, Cleo, Bazar, dan lain-lain. Dari pelawatan saya ke Australia minggu lepas, satu majalah amat menarik hati saya, iaitu majalah Grazia. Saya betul-betul mencintai buku itu kerana ia penuh dengan bualan yang saya gemar.


Daripada majalah ini, saya mendapat tahu tentang fesyen terbaru dan khabar angin tersohor dari seluruh dunia. Saya mendapati bahawa 'celebrity-celebrity' amat suka menggunakan 'Hermes Birkin Bag' ($11,000). Dikatakan Victoria Beckham tidak akan meninggalkan rumahnya tanpa beg Hermes-nya, dan sekarang Katie Holmes juga mendapat beg yang sama seperti itu. Oleh itu, ini telah menunjukkan kepada saya betapa popular beg ini di kalangan wanita.

Marilah lihat fesyen pakaian 'celebrity'! Saya mengetahui bahawa mereka suka memakai seluar pendek dan 'fringed boots'. Lindsay dan Nicole Richie dinampak berpakaian begitu dalam kawasan umum. Mereka semua juga suka memakai kaca mata hitam (shades) yang besar, sebahagian besarnya untuk dua alasan. Satu untuk menyamar diri dari wartawan, dan satu lagi untuk dijadikan aksesori yang lawa. Saya sendiri juga suka memakai kaca mata hitam yang berukuran lebih besar daripada biasa. Saya berasa fesyen ini amat 'cool'! Saya berharap idea fesyen di atas boleh ditimbangkan dalam pakaian harian kamu semua dan juga fesyen-fesyen yang telah saya perkenalkan di atas akan menjadi berguna kepada kamu semua!



Saya berasa Grazia amat berguna dan sentiasa mendapatkan rujukan dan idea fesyen daripada majalah ini. Akhir sekali, tibalah ke akhir entri saya! Saya berharap kamu semua akan menantikan entri saya yang kesembilan...!! :D


Lelaman bagi gambar-gambar yang berikut: http://www.lizparrypr.co.uk/wp-content/uploads/2007/09/grazia-fc-23rd-june.jpg, http://princesshood.com/wp-content/uploads/2007/09/posh.jpg & http://asiancajuns.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

* Fesyen Saya yang TERSENDIRI *

Ehem..ehem..sila balik ke blog saya =) Tahukah apa yang akan saya ceritakan?? Pada entri yang ketujuh ini, saya akan menceritakan tentang.....FESYEN kegemaran saya!!! ^_^ Saya akan bermula dengan memperkenalkan fesyen rambut kegemaran saya kepada kamu semua. Seperti dalam gambar itu, saya sangat suka rambut yang panjang tetapi, saya tidak begitu suka rambut yang lurus. Saya lebih gemar rambut yang berikal (rambut yang mempunyai 'ombak-ombak' kecil). Sebab saya tidak suka rambut yang terlalu lurus ialah kerana ada di antara muka kita, seperti muka saya, akan kelihatan amat gemuk, dalam rambut yang lurus. Saya juga tidak suka rambut yang terlalu kerinting kerana, pada pendapat saya, ia akan menyebabkan saya kelihatan terlalu matang.

Sel

Sel Selanjutnya, saya akan menceritakan tentang pakaian yang saya gemar! Sejak kecil, saya suka pakaian ‘winter’ (musim sejuk). Ramai kawan menanyakan, “Mengapakah kamu suka pakaian itu?” Mereka berasa saya ini pelik kerana suka pakai pakaian yang jarang kita pakai di negara yang bermusim tropika ini. Sebenarnya, itulah salah satu sebab saya gemar pakaian ‘winter’. Saya sering berharap pada suatu hari, negara kita akan bersalji, tetapi saya tahu perkara ini tidak akan berlaku. Selain itu, saya suka corak (design) pakaian itu yang berpanjangan sehingga lutut kita. Ia seperti jaket panjang yang mempunyai kepanjangan sesebuah ‘dress’. Gambar berikut menunjukkan pakaian yang telah saya sebutkan sebelum ini.



Ak Akhir sekali, marilah saya memperkenalkan kepada kamu semua mengenai kasut kegemaran saya. Kini, sejenis kasut yang amat hangat di kalangan orang muda telah diterbitkan, ia merupakan ‘pumps’. Saya suka bentuk kasut ini yang menutupkan jari kaki kita dan bukan menutupkan seluruh kaki kita. Tambahan pula, kasut ini bagai kasut yang digunakan dalam tarian balet. Oleh itu, ini amat menunjukkan sifat feminin yang terdapat pada seseorang perempuan yang memakaikannya.



Berharap kamu seronok membaca entri saya! XD

Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://whatiwore.blogspot.com/2007_02_01_archive.html, http://www.polyvore.com/cgi/img-thing?.out=jpg&size=l&tid=84972 & www.123hairstyle.com

·

* Trend Lelaki *

Helloo!!! Selamat datang ke entri saya yang keenam ini!!! :D Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang fesyen lelaki. Kini, fesyen lelaki sedang menjalankan trend ‘pink moment’ dalam tahun 2008 ini. Oleh itu, sekarang, untuk menunjukkan sifat badan seseorang lelaki, tidak mudah lagi. Ini kerana warna ‘pink’ merupakan warna yang jarang digunakan oleh lelaki pada zaman dahulu dan pakaian ‘pink’ memerlukan teknik-teknik yang berguna supaya seseorang lelaki itu dapat memadankan pakaiannya dengan aksesori yang sesuai. Oleh kerana demikian, ini telah menjadi satu cabaran kepada lelaki dalam musim ini.

Marilah kita susunkan rekod fesyen, kini, tiada lelaki lagi yang akan dipanggil terlampau feminin apabila memakai ‘pink’. Sekarang, pakaian yang berwarna ‘pink’ ataupun warna yang berserlah seperti merah amat hangat dan popular di kalangan lelaki. Dalam musim ini (summer), fesyen tidak lagi mengenai warna anak patung, ataupun warna yang ‘girly’, tetapi warna yang bernada kuat seperti, magenta, fuchsia, dan salmon.

Dalam musim ‘summer’ ini, trend yang amat mengelirukan ialah mengenai isu kecerdikan lelaki untuk memakai pakaian ‘pink’ pada masa yang tepat, supaya dia dapat mendirikan perasaan unik dan keistimewaan yang tersendiri daripada orang lain. Lagi-lagipun, landasan (runways) ‘SpringSummer’ dari rumah fesyen seperti ‘Calvin Klein’ dan ‘Bottega Veneta’ telah diliputi dengan ‘pink’, dalam pementasan yang paling berwarna-warni. Fesyen pakaian mereka telah dilebarkan dari kemeja ‘pink’ hingga ke jaket yang berlengan panjang (cardigans), seluar pendek hingga ke seluar panjang, kemeja-t yang dicetak, tali leher, dan juga beg khas bagi lelaki.


Sekali lagi, saya telah sampai ke akhir blog saya :D Jumpalah lagi pada entri ketujuh saya!!


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://men.style.com/fashion/collections/S2008MEN/complete/thumb/BPMEN?trend=&page=1 & http://madeinbrazil.typepad.com/photos/uncategorized/2008/06/30/0701081.jpg

Friday, September 5, 2008

* Trend Wanita *

Hai semua!! Kinilah datang ke entri saya yang kedua XD Adakah kamu semua sedang menanti-nantikan fesyen perempuan terkini? Marilah saya mendedahkan kamu semua kepada trend wanita ^_^ Pakaian gadis sekarang mewakili keyakinan seseorang itu yang akan membentukkannya menjadi lebih bergaya dan mempesona. Tahulah lebih mengenai fesyen pakaian wanita seterusnya.

Saya akan bermula dengan ‘Summer Style’. Summer menandakan musim panas da
n wanita jarang memakai banyak-banyak. Oleh itu, masukkan diri ke dalam kemeja (t-shirt) dan sepasang ‘khaki’! Haha..janganlah kamu cuba begitu. Pakaian ini terlalu bosan untuk menewas kepanasan. Pergilah beli pakaian yang akan mewarnakan kehidupan awak! ‘Summer’ berkenaan dengan campuran corak yang artistic, aneh dan eksotik warna. Cubalah batik atau baju yang disulam fabrik, skirt yang bercorak unik ataupun pakaian yang kaya dengan renda yang berwarna-warni. Jika kamu masih hendak melekat dengan fesyen seluar ‘jean’, pasanglah ia dengan tunic (pakaian yang panjang hingga ke lutut) yang mempunyai leher baju yang lebar sehingga ke bahu. Jika tidak, pakailah skirt atau seluar yang pendek, seperti yang ditunjukkan di sebelah kanan. :)

Seseorang yang ingin berpakaian seksi tidak hanya perlu memakai skirt mini dan baju yang sangat ketat. Cubalah pakaian yang membawakan imej klasik dan lawa. Buatkannya longgar, jangan ketat. Meyanjung dengan kelonggaran sehelai skirt panjang yang akan mengikut ketinggian yang sesuai bagi kamu dan jangan takut untuk menunjukkan diri kepada lain. Gadis yang tinggi dan kurus akan kelihatan hebat dengan tali pinggang untuk menggambarkan kerampingan badan mereka.

Marilah bersama saya untuk melihat gaya pakaian yang dapat membentukkan badan kita. Pakaian yang membalutkan diri tidak istimewa. Pakaian yang 'bare' belakang, skirt yang pendek, baju yang berleher 'V' dan juga kemeja yang berlengan tiga per empat, akan menolong kita untuk tunjukkan bentuk badan kita. Seluar yang paling padan dengan pakaian wanita merupakan jean yang kurus, yang berada pada pinggang kita atau di atas punggung kita.

Dalam buku harian gaya setiap
wanita, merah merupakan warna klasik yang tidak membosankan orang. Ia melingkupi kuasa, kegagahan, dan konfiden kepada bentuk badan seseorang itu. Selain itu, ia juga mengandungi kuasa yang menghairankan kerana warna merah dapat membolehkan seseorang itu menjadi lebih istimewa dan unik daripada orang lain. Satu warna yang perlu kita pertimbangkan ialah hitam. Benar kata, hitam menjadikan setiap orang kelihatan lebih lampai. Hitam merupakan warna yang terselamat kerana ia merupakan warna yang sesuai ke apa-apa perayaan, tidak kira ke mana-mana sahaja. Perhatilah ini, hitam tidak akan hapus atau hilang daripada serikata fesyen, terutamanya dalam segi pakaian wanita.


Selamat jalan kamu semua! Pulanglah ke blog saya untuk melihat fesyen lelaki pada entri enam ^_^!



Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://www.debutfashions.com/includes/images/designers/taifun/taifun_ladies_fashions.jpg, http://news.xinhuanet.com/english/2007-09/27/xin_42209042711074681280015.jpg, http://fashion.about.com/& www.fash-eccentric.com

* Perkembangan Fesyen Remaja *

Selamat pulang ke blog saya ^_^! Pada entri saya yang keempat ini, saya akan mendedahkan kamu semua kepada perubahan dari fesyen kuno hingga sekarang. Fesyen berubah mengikut putaran masa. Jika kita mengkaji secara mendalam tentang sejarah fesyen, kita pasti akan tertarik dengan kepelikan fesyen dan dunia fesyen yang berwarna-warni.

Sebenarnya, trend da
n fesyen di kalangan remaja bukanlah suatu fenomena yang baru. Pendek kata, ia telah pun wujud sejak zaman ibu bapa kita lagi ketika mereka masih muda remaja. Pada masa itu, baju tradisional menjadi pilihan mereka khususnya untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi atau sewaktu meraikan sesuatu perayaan. Bak kata pepatah, sekali laut berombak, sekali pantai berubah. Begitulah juga halnya dengan dunia fesyen. Ia berubah mengikut selera.

Jika kita mengimbas kembali zaman silam, kita akan dapati bahawa era enam puluhan diwarnai dengan fesyen ‘pop yeh-yeh’. Gadis-gadis pada ketika itu gemar memakai pakaian lengkap yang ketat, kerana ini akan menampakkan lagi bentuk tubuh badan mereka serta pinggang mereka yang kecil dan ramping. Pakaian mereka pula sering dipadani dengan topi dan tas tangan yang agak kecil. Yang jejakanya juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan fesyen. Mereka pula gemar memakai baju tuksedo yang dipadani dengan tali leher serta mengenakan rambut ala ‘The Beatles’. Walaupun remaja sekarang menganggap fesyen tersebut agak kolot dan ketinggalan zaman, kini ia menjadi satu ikutan di kalangan anak muda sekarang seperti kumpulan muzik tempatan ‘Stoned Revivals’. Perkembangan ini boleh dikatakan agak unik!

Fesyen tujuh puluhan pula dipengaruhi dengan fesyen h
ippi dari barat, iaitu lelaki dan wanita berambut panjang dan memakai pakaian berwarna-warni yang berbunga-bunga. Selain dari fesyen hippi, remaja zaman itu juga cenderung memakai pakaian yang berkonsep ‘retro’. Konsep ini timbul dari pengaruh remaja barat yang berpakaian demikian apabila ke disko. Bagi pihak perempuan, mereka gemar memakai baju yang ketat dan tidak berlengan ketat dan dipadankan dengan skirt mini. But kulit juga tidak ketinggalan; jika tiada but, mereka akan memakai kasut jenis ‘platform’.

Bagi yang lelaki pula, mereka gemar memakai kemeja ketat yang berlengan hingga ke paras siku. Seluar mereka berfesyen ‘bell-bottom’. Ada juga yang berfesyen rambut ‘afro’, iaitu rambut kembang seperti sarang lebah. Inilah trend retro tujuh puluhan!

Masa berubah. Tah
un lapan puluhan pula bermula. Fesyen dalam dekad itu tidak begitu menarik; ia boleh dikatakan agak hodoh. Remaja perempuan memakai perhiasan telinga berwarna-warni yang agak besar dan pakaian yang tiada kombinasi warna. Fesyen rambut lelaki dan perempuan kelihatan seperti rambut Princess Diana. Fesyen lapan puluhan juga tidak begitu menarik seperti fesyen tahun enam puluhan dan tujuh puluhan.


Kini tibalah kita ke fesyen sembilan puluhan. Inilah masanya di mana ramai remaja yang sebaya dengan saya memperagakan fesyen mereka dengan bangganya. Konsep ‘skaters’, ‘surfers’, ‘niggers’,dan ‘old sk
ool’ begitu diutamakan. Oleh kerana terlalu banyak konsep, maka saya akan memilih dua sahaja untuk penjelasan lanjut.

Pertama, konsep ‘skaters’ timbul apabila remaja terpengaru
h dengan rekreasi remaja barat di televisyen; mereka menaiki papan beroda atau dipanggil ‘skateboard’ di bandar atau di sudut jalan. Remaja golongan ini gemar memakai baju-baju yang longgar dan seluar yang berlebihan inci dari paras pinggang. Kebanyakan ‘skaters’ adalah lelaki.

Kedua, ialah kon
sep ‘old skool’. Konsep ini dipengaruhi dari era zaman akhir tujuh puluhan dan awal zaman lapan puluhan, apabila Nike, Yonex dan Adidas menerbitkan edisi pakaian sukan dan pakaian riadah aktif untuk remaja. Ia gagal mendapat sambutan hangat pada masa itu, tetapi sekarang, dengan kemunculan banyak kedai peralatan sukan di bandar ia mendapat sambutan yang di luar dugaan. Faedahnya, ia tidak memerlukan banyak perbelanjaan!


Walaubagaimanapun, remaja yang terlalu titikberatkan fesyen akan mendatangkan kesan buruknya; iaitu mereka akan mengabaikan pelajaran kerana terlalu asyik dengan fesyen dan trend pakaian hari ini. Tunggulah entri saya seterusnya untuk melihat fesyen wanita kini :)


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://img.photobucket.com/albums/v417/wendygital/wendyZine/PaperFashion11.jpg, http://easydreamer.blogspot.com/2007_08_01_archive.html, http://flashyshades.blogspot.com/, http://skaterchicks.ning.com/, http://farm4.static.flickr.com/3186/2390374117_38500b5de2.jpg?v=0 & http://farm4.static.flickr.com/3186/2390374117_38500b5de2.jpg?v=0