Sunday, September 7, 2008

* Beli-Belah!! *

Yayy!! Inilah entri saya yang terakhir!! (kesepuluh) :)) Saya mengetahui bahawa saya tidak boleh membawa kamu semua ke pusat beli-belah, tetapi..saya boleh menunjukkan kepada kamu semua melalui entri ini !! XD


Saya berasa sangat gembira!!
Dalam sekelip mata, sampailah entri saya yang kesepuluh =) Adakah kamu semua suka membeli-belah? Saya memang suka. Membeli-belah merupakan aktiviti kegemaran saya sejak kecil, terutamanya semasa saya mempunyai masa lapang ataupun semasa saya berasa bosan. Kawan-kawan saya sering merungut kerana penat membeli-belah dengan saya yang tidak pernah letih, tetapi saya tidak peduli. Ada di antara kita mendapati beli-belah adalah suatu aktiviti yang membuangkan masa, tetapi saya tidak berpendapat begitu. Sebagai seorang yang amat menilai fesyen-fesyen sekarang, saya mendapati aktiviti membeli-belah dapat meningkatkan inspirasi saya terhadap fesyen terkini. Selain itu, saya berasa bahawa aktiviti ini amat seronok dan menyenangkan.


Marilah saya menceritakan pengalaman beli-belah saya baru-baru ini. Beberapa hari yang lalu, ibu saya telah membawa saya ke ‘Orchard Road’. Seperti biasa, keadaan sekitar Orchard Road dihiaskan dengan pelbagai jenis dekorasi yang menarik dan berwarna-warni. Seketika kami menjejak kaki dalam pusat membeli-belah, beramai-ramai orang jalan melepasi kami bagaikan aliran sungai yang kencang. Pelbagai jenis barang memikat hati saya, saya menjadi rambang mata melihat barang-barang yang telah dipamerkan. Selain itu, saya juga telah pergi ke pawagam untuk menonton wayang dengan ibu saya. Wayang gambar itu amat menarik minat kami serta menyeronokkan.


Saya membeli banyak bárang-barang mengenai fesyen. Antaranya ialah, aksesori seperti rantai leher, beg wang, kasut, dan lain-lain. Saya suka memakai rantai yang panjang sehingga ke dada saya, seperti yang ditunjukkan dalam gambar itu. Bagi kasut, selain 'pumps' (kasut yang telah saya perkenalkan sebelum ini), saya juga suka 'boot:Ds' Saya juga telah membelikan satu beg untuk meletakkan wang dari kedai Gucci. Semua barang yang telah dibelikan ini amat memadan dengan fesyen terkini!

Kesimpulannya, trip membeli-belah ini amat sukaria dan menggembirakan. Oleh itu, walaupun aktiviti membeli-belah adakalanya mendatangkan kerugian, ia juga mempunyai keuntungan.



Bye-bye semua! Berharap kita dapat jumpa lagi!!


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://www.thegirleycloset.com/images/gucci%20flap%20purse.jpg, http://fashionista.com/images/shopping.jpg & www.pbase.com

No comments: