Saturday, September 6, 2008

* Fesyen Saya yang TERSENDIRI *

Ehem..ehem..sila balik ke blog saya =) Tahukah apa yang akan saya ceritakan?? Pada entri yang ketujuh ini, saya akan menceritakan tentang.....FESYEN kegemaran saya!!! ^_^ Saya akan bermula dengan memperkenalkan fesyen rambut kegemaran saya kepada kamu semua. Seperti dalam gambar itu, saya sangat suka rambut yang panjang tetapi, saya tidak begitu suka rambut yang lurus. Saya lebih gemar rambut yang berikal (rambut yang mempunyai 'ombak-ombak' kecil). Sebab saya tidak suka rambut yang terlalu lurus ialah kerana ada di antara muka kita, seperti muka saya, akan kelihatan amat gemuk, dalam rambut yang lurus. Saya juga tidak suka rambut yang terlalu kerinting kerana, pada pendapat saya, ia akan menyebabkan saya kelihatan terlalu matang.

Sel

Sel Selanjutnya, saya akan menceritakan tentang pakaian yang saya gemar! Sejak kecil, saya suka pakaian ‘winter’ (musim sejuk). Ramai kawan menanyakan, “Mengapakah kamu suka pakaian itu?” Mereka berasa saya ini pelik kerana suka pakai pakaian yang jarang kita pakai di negara yang bermusim tropika ini. Sebenarnya, itulah salah satu sebab saya gemar pakaian ‘winter’. Saya sering berharap pada suatu hari, negara kita akan bersalji, tetapi saya tahu perkara ini tidak akan berlaku. Selain itu, saya suka corak (design) pakaian itu yang berpanjangan sehingga lutut kita. Ia seperti jaket panjang yang mempunyai kepanjangan sesebuah ‘dress’. Gambar berikut menunjukkan pakaian yang telah saya sebutkan sebelum ini.



Ak Akhir sekali, marilah saya memperkenalkan kepada kamu semua mengenai kasut kegemaran saya. Kini, sejenis kasut yang amat hangat di kalangan orang muda telah diterbitkan, ia merupakan ‘pumps’. Saya suka bentuk kasut ini yang menutupkan jari kaki kita dan bukan menutupkan seluruh kaki kita. Tambahan pula, kasut ini bagai kasut yang digunakan dalam tarian balet. Oleh itu, ini amat menunjukkan sifat feminin yang terdapat pada seseorang perempuan yang memakaikannya.



Berharap kamu seronok membaca entri saya! XD

Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://whatiwore.blogspot.com/2007_02_01_archive.html, http://www.polyvore.com/cgi/img-thing?.out=jpg&size=l&tid=84972 & www.123hairstyle.com

·

No comments: