Hai semua!! Kinilah datang ke entri saya yang kedua XD Adakah kamu semua sedang menanti-nantikan fesyen perempuan terkini? Marilah saya mendedahkan kamu semua kepada trend wanita ^_^ Pakaian gadis sekarang mewakili keyakinan seseorang itu yang akan membentukkannya menjadi lebih bergaya dan mempesona. Tahulah lebih mengenai fesyen pakaian wanita seterusnya.
Saya akan bermula dengan ‘Summer Style’. Summer menandakan musim panas da
n wanita jarang memakai banyak-banyak. Oleh itu, masukkan diri ke dalam kemeja (t-shirt) dan sepasang ‘khaki’! Haha..janganlah kamu cuba begitu. Pakaian ini terlalu bosan untuk menewas kepanasan. Pergilah beli pakaian yang akan mewarnakan kehidupan awak! ‘Summer’ berkenaan dengan campuran corak yang artistic, aneh dan eksotik warna. Cubalah batik atau baju yang disulam fabrik, skirt yang bercorak unik ataupun pakaian yang kaya dengan renda yang berwarna-warni. Jika kamu masih hendak melekat dengan fesyen seluar ‘jean’, pasanglah ia dengan tunic (pakaian yang panjang hingga ke lutut) yang mempunyai leher baju yang lebar sehingga ke bahu. Jika tidak, pakailah skirt atau seluar yang pendek, seperti yang ditunjukkan di sebelah kanan. :) Seseorang yang ingin berpakaian seksi tidak hanya perlu memakai skirt mini dan baju yang sangat ketat. Cubalah pakaian yang membawakan imej klasik dan lawa. Buatkannya longgar, jangan ketat. Meyanjung dengan kelonggaran sehelai skirt panjang yang akan mengikut ketinggian yang sesuai bagi kamu dan jangan takut untuk menunjukkan diri kepada lain. Gadis yang tinggi dan kurus akan kelihatan hebat dengan tali pinggang untuk menggambarkan kerampingan badan mereka
.
Dalam buku harian gaya setiap
wanita, merah merupakan warna klasik yang tidak membosankan orang. Ia melingkupi kuasa, kegagahan, dan konfiden kepada bentuk badan seseorang itu. Selain itu, ia juga mengandungi kuasa yang menghairankan kerana warna merah dapat membolehkan seseorang itu menjadi lebih istimewa dan unik daripada orang lain. Satu warna yang perlu kita pertimbangkan ialah hitam. Benar kata, hitam menjadikan setiap orang kelihatan lebih lampai. Hitam merupakan warna yang terselamat kerana ia merupakan warna yang sesuai ke apa-apa perayaan, tidak kira ke mana-mana sahaja. Perhatilah ini, hitam tidak akan hapus atau hilang daripada serikata fesyen, terutamanya dalam segi pakaian wanita.Selamat jalan kamu semua! Pulanglah ke blog saya untuk melihat fesyen lelaki pada entri enam ^_^!
Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://www.debutfashions.com/includes/images/designers/taifun/taifun_ladies_fashions.jpg, http://news.xinhuanet.com/english/2007-09/27/xin_42209042711074681280015.jpg, http://fashion.about.com/& www.fash-eccentric.com


No comments:
Post a Comment