Friday, September 5, 2008

* Perkembangan Fesyen Remaja *

Selamat pulang ke blog saya ^_^! Pada entri saya yang keempat ini, saya akan mendedahkan kamu semua kepada perubahan dari fesyen kuno hingga sekarang. Fesyen berubah mengikut putaran masa. Jika kita mengkaji secara mendalam tentang sejarah fesyen, kita pasti akan tertarik dengan kepelikan fesyen dan dunia fesyen yang berwarna-warni.

Sebenarnya, trend da
n fesyen di kalangan remaja bukanlah suatu fenomena yang baru. Pendek kata, ia telah pun wujud sejak zaman ibu bapa kita lagi ketika mereka masih muda remaja. Pada masa itu, baju tradisional menjadi pilihan mereka khususnya untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi atau sewaktu meraikan sesuatu perayaan. Bak kata pepatah, sekali laut berombak, sekali pantai berubah. Begitulah juga halnya dengan dunia fesyen. Ia berubah mengikut selera.

Jika kita mengimbas kembali zaman silam, kita akan dapati bahawa era enam puluhan diwarnai dengan fesyen ‘pop yeh-yeh’. Gadis-gadis pada ketika itu gemar memakai pakaian lengkap yang ketat, kerana ini akan menampakkan lagi bentuk tubuh badan mereka serta pinggang mereka yang kecil dan ramping. Pakaian mereka pula sering dipadani dengan topi dan tas tangan yang agak kecil. Yang jejakanya juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan fesyen. Mereka pula gemar memakai baju tuksedo yang dipadani dengan tali leher serta mengenakan rambut ala ‘The Beatles’. Walaupun remaja sekarang menganggap fesyen tersebut agak kolot dan ketinggalan zaman, kini ia menjadi satu ikutan di kalangan anak muda sekarang seperti kumpulan muzik tempatan ‘Stoned Revivals’. Perkembangan ini boleh dikatakan agak unik!

Fesyen tujuh puluhan pula dipengaruhi dengan fesyen h
ippi dari barat, iaitu lelaki dan wanita berambut panjang dan memakai pakaian berwarna-warni yang berbunga-bunga. Selain dari fesyen hippi, remaja zaman itu juga cenderung memakai pakaian yang berkonsep ‘retro’. Konsep ini timbul dari pengaruh remaja barat yang berpakaian demikian apabila ke disko. Bagi pihak perempuan, mereka gemar memakai baju yang ketat dan tidak berlengan ketat dan dipadankan dengan skirt mini. But kulit juga tidak ketinggalan; jika tiada but, mereka akan memakai kasut jenis ‘platform’.

Bagi yang lelaki pula, mereka gemar memakai kemeja ketat yang berlengan hingga ke paras siku. Seluar mereka berfesyen ‘bell-bottom’. Ada juga yang berfesyen rambut ‘afro’, iaitu rambut kembang seperti sarang lebah. Inilah trend retro tujuh puluhan!

Masa berubah. Tah
un lapan puluhan pula bermula. Fesyen dalam dekad itu tidak begitu menarik; ia boleh dikatakan agak hodoh. Remaja perempuan memakai perhiasan telinga berwarna-warni yang agak besar dan pakaian yang tiada kombinasi warna. Fesyen rambut lelaki dan perempuan kelihatan seperti rambut Princess Diana. Fesyen lapan puluhan juga tidak begitu menarik seperti fesyen tahun enam puluhan dan tujuh puluhan.


Kini tibalah kita ke fesyen sembilan puluhan. Inilah masanya di mana ramai remaja yang sebaya dengan saya memperagakan fesyen mereka dengan bangganya. Konsep ‘skaters’, ‘surfers’, ‘niggers’,dan ‘old sk
ool’ begitu diutamakan. Oleh kerana terlalu banyak konsep, maka saya akan memilih dua sahaja untuk penjelasan lanjut.

Pertama, konsep ‘skaters’ timbul apabila remaja terpengaru
h dengan rekreasi remaja barat di televisyen; mereka menaiki papan beroda atau dipanggil ‘skateboard’ di bandar atau di sudut jalan. Remaja golongan ini gemar memakai baju-baju yang longgar dan seluar yang berlebihan inci dari paras pinggang. Kebanyakan ‘skaters’ adalah lelaki.

Kedua, ialah kon
sep ‘old skool’. Konsep ini dipengaruhi dari era zaman akhir tujuh puluhan dan awal zaman lapan puluhan, apabila Nike, Yonex dan Adidas menerbitkan edisi pakaian sukan dan pakaian riadah aktif untuk remaja. Ia gagal mendapat sambutan hangat pada masa itu, tetapi sekarang, dengan kemunculan banyak kedai peralatan sukan di bandar ia mendapat sambutan yang di luar dugaan. Faedahnya, ia tidak memerlukan banyak perbelanjaan!


Walaubagaimanapun, remaja yang terlalu titikberatkan fesyen akan mendatangkan kesan buruknya; iaitu mereka akan mengabaikan pelajaran kerana terlalu asyik dengan fesyen dan trend pakaian hari ini. Tunggulah entri saya seterusnya untuk melihat fesyen wanita kini :)


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://img.photobucket.com/albums/v417/wendygital/wendyZine/PaperFashion11.jpg, http://easydreamer.blogspot.com/2007_08_01_archive.html, http://flashyshades.blogspot.com/, http://skaterchicks.ning.com/, http://farm4.static.flickr.com/3186/2390374117_38500b5de2.jpg?v=0 & http://farm4.static.flickr.com/3186/2390374117_38500b5de2.jpg?v=0

No comments: