Hai, wahai kawan-kawan dan guru! Jangan berasa hairan kerana kali ini saya menggunakan kulit Blogspot. Ini kerana saya mengalami masalah dalam penggunaan BlogSkins. Walaubagaimanapun, dalam blog saya ini, saya akan menceritakan tentang satu topik; iaitu, FESYEN. Sejak kecil, ibu saya telah membelikan saya baju yang cantik-cantik belaka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan oleh ibu saya yang amat mementingkan imej saya sejak saya berumur muda. Di bawah pengaruhan ibu saya yang sering mempercantikkan saya, sekarang; selepas saya telah menjejakkan kaki saya dalam laluan ke sekolah menengah, saya berpendapat bahawa, isu fesyen amat diberikan kepentingan dalam generasi yang baru dan muda ini.Cubalah lihatlah cara remaja terkini berpakaian. Dalam zaman y
ang moden ini, manusia telah mengalami perubahan yang drastik seperti, dalam segi fesyen orang sekarang. Sebagai seorang yang amat mementingkan fesyen, saya sendiri juga mengambil berat dalam fesyen pakaian sendiri, tetapi kita semacam telah melupakan fesyen kuno. Oleh itu, dengan menggunakan peluang ini, saya ingin mendedahkan kamu semua kepada fesyen terkini serta fesyen dahulu dan juga teknik-teknik untuk mengikutkan fesyen terkini. :)Tunggulah entri saya yang kedua untuk mengetahui 'Apakah itu fesyen?'.
Lelaman bagi gambar-gambar berikut: http://www.beyondrobson.com/20080404_BC_Fashion_Week_2-thumb-590x436.jpg & http://jacindathomas.blogspot.com/2008/05/fashion-icon-rihanna.html

No comments:
Post a Comment