Selamat datang ke blog saya :) Inilah entri saya yang kedua dan pada kali ini, saya akan menerangkan apa itu fesyen. Fesyen merupakan sesuatu yang perlu kita kendali setiap hari. Termasuklah orang yang katakan mereka tidak peduli pakaian mereka, juga memilih pakaian mereka setiap pagi yang menunjukkan perasaan ataupun 'mood' seseorang.Fesyen merupakan keadaan minda seseorang. Ia boleh mengekspreskan emosi kita. Sebenarnya, fesyen boleh dibunyikan; ia boleh difahamkan dalam pelbagai cara 'literally' , iaitu, dalam suatu bisikan, suatu jeritan kuat ataupun suatu senyuman. Kebanyakan fesyen sekarang berkenaan dengan keselesaan seseorang dalam menghadirkan diri dalam publik.
Fesyen boleh dianggap sebagai suatu cara pengucapan imej diri, yang membenarkan kita memainkan banyak peranan dalam kehidupan kita, seperti dalam pekerjaan. Identiti seseorang mengikuti fesyen/pakaian seseorang; pengantin memakai pakaian (dress) yang panjang, murid memakai baju seragam, dan lain-lain.
Kesimpulannya, fesyen merupakan suatu bahasa yang dapat menceritakan perasaan seseorang, yang memakaikan pakaian itu; bakat kata pepatah, "Pakaian mencipta suatu cara komunikasi yang tidak perlu menggunakan perkataan, tetapi ia tetap boleh difahami oleh orang lain".
Lihatlah entri ketiga untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah fesyen :)
Lelaman bagi gambar-gambar berikut: http://fashionintelligentsia.files.wordpress.com/2008/04/fi0422082.png & http://www.fac.org.au/img/content/fashion-talks-web.jpg

No comments:
Post a Comment