Marilah saya katakan fesyen pakaian dahulu yang telah dibawakan ke kini. Sebelum 1840, pakaian pengantin boleh dijadikan sebarang warna, tetapi selepas Permaisuri Victoria berkahwin pada 1840, dalam pakaian putih, orang di seluruh dunia mula menggunakan putih sebagai warna pakaian mereka bagi perkahwinan.
Pada ketengahan 19-abad, pakaian yang bergaya baru dimasukkan ke dalam kelas orang yang bertaraf tengah. Set pakaian lelaki yang berwarna hitam, coklat, ataupun kelabu, mewakili kekuasaan, tanggungjawab dan kesopanan seseorang itu. Pakaian yang menyerupai set pelaut menjadi seragam yang diperlukan oleh setiap budak lelaki. Bagi wanita, pakaian mereka amat dipengaruhkan dengan cirri-ciri yang bermutu tinggi dan anggun. Seseorang wanita yang dihormati tidak akan mendedahkan buah dada mereka. Rambut mereka akan dikerinting ataupun didandan seperti perempuan dalam patung klasik. Manakala, gadis seperti puteri akan memakai reben atau ‘bow’ sebagai simbol bagi kejelitaan mereka, seperti yang ditunjukkan di sebelah.
Sampailah ke akhir entri ini, tunggulah entri saya yang keempat untuk mengetahui perbezaan antara fesyen sekarang dan fesyen kuno :)


No comments:
Post a Comment