Saturday, September 6, 2008

* Trend Lelaki *

Helloo!!! Selamat datang ke entri saya yang keenam ini!!! :D Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang fesyen lelaki. Kini, fesyen lelaki sedang menjalankan trend ‘pink moment’ dalam tahun 2008 ini. Oleh itu, sekarang, untuk menunjukkan sifat badan seseorang lelaki, tidak mudah lagi. Ini kerana warna ‘pink’ merupakan warna yang jarang digunakan oleh lelaki pada zaman dahulu dan pakaian ‘pink’ memerlukan teknik-teknik yang berguna supaya seseorang lelaki itu dapat memadankan pakaiannya dengan aksesori yang sesuai. Oleh kerana demikian, ini telah menjadi satu cabaran kepada lelaki dalam musim ini.

Marilah kita susunkan rekod fesyen, kini, tiada lelaki lagi yang akan dipanggil terlampau feminin apabila memakai ‘pink’. Sekarang, pakaian yang berwarna ‘pink’ ataupun warna yang berserlah seperti merah amat hangat dan popular di kalangan lelaki. Dalam musim ini (summer), fesyen tidak lagi mengenai warna anak patung, ataupun warna yang ‘girly’, tetapi warna yang bernada kuat seperti, magenta, fuchsia, dan salmon.

Dalam musim ‘summer’ ini, trend yang amat mengelirukan ialah mengenai isu kecerdikan lelaki untuk memakai pakaian ‘pink’ pada masa yang tepat, supaya dia dapat mendirikan perasaan unik dan keistimewaan yang tersendiri daripada orang lain. Lagi-lagipun, landasan (runways) ‘SpringSummer’ dari rumah fesyen seperti ‘Calvin Klein’ dan ‘Bottega Veneta’ telah diliputi dengan ‘pink’, dalam pementasan yang paling berwarna-warni. Fesyen pakaian mereka telah dilebarkan dari kemeja ‘pink’ hingga ke jaket yang berlengan panjang (cardigans), seluar pendek hingga ke seluar panjang, kemeja-t yang dicetak, tali leher, dan juga beg khas bagi lelaki.


Sekali lagi, saya telah sampai ke akhir blog saya :D Jumpalah lagi pada entri ketujuh saya!!


Lelaman bagi gambar-gambar di atas: http://men.style.com/fashion/collections/S2008MEN/complete/thumb/BPMEN?trend=&page=1 & http://madeinbrazil.typepad.com/photos/uncategorized/2008/06/30/0701081.jpg

No comments: