Selamat pulang ke blog saya!!! Ini entri saya yang kelapan!!!! :)) Kali ini, saya akan menceritakan tentang sumber inspirasi fesyen saya. Saya amat suka membaca majalah dari apa-apa segi, terutamanya dalam bahagian fesyen. Majalah yang pertama dalam dunia ini ialah The Gentleman's Magazine yang berasal dari London oleh Edward Cave dalam Januari, 1731. Ia merupakan majalah yang pertama dalam menceritakan tentang minat general.Terdapat pelbagai jenis majalah, antaranya ialah, Vogue, Cleo, Bazar, dan lain-lain. Dari pelawatan saya ke Australia minggu lepas, satu majalah amat menarik hati saya, iaitu majalah Grazia. Saya betul-betul mencintai buku itu kerana ia penuh dengan bualan yang saya gemar.

Daripada majalah ini, saya mendapat tahu tentang fesyen terbaru dan khabar angin tersohor dari seluruh dunia. Saya mendapati bahawa 'celebrity-celebrity' amat suka menggunakan 'Hermes Birkin Bag' ($11,000). Dikatakan Victoria Beckham tidak akan meninggalkan rumahnya tanpa beg Hermes-nya, dan sekarang Katie Holmes juga mendapat beg yang sama seperti itu. Oleh itu, ini telah menunjukkan kepada saya betapa popular beg ini di kalangan wanita.
Marilah lihat fesyen pakaian 'celebrity'! Saya mengetahui bahawa mereka suka memakai seluar pendek dan 'fringed boots'. Lindsay dan Nicole Richie dinampak berpakaian begitu dalam kawasan umum. Mereka semua juga suka memakai kaca mata hitam (shades) yang besar, sebahagian besarnya untuk dua alasan. Satu untuk menyamar diri dari wartawan, dan satu lagi untuk dijadikan aksesori yang lawa. Saya sendiri juga suka memakai kaca mata hitam yang berukuran lebih besar daripada biasa. Saya berasa fesyen ini amat 'cool'! Saya berharap idea fesyen di atas boleh ditimbangkan dalam pakaian harian kamu semua dan juga fesyen-fesyen yang telah saya perkenalkan di atas akan menjadi berguna kepada kamu semua!Saya berasa Grazia amat berguna dan sentiasa mendapatkan rujukan dan idea fesyen daripada majalah ini. Akhir sekali, tibalah ke akhir entri saya! Saya berharap kamu semua akan menantikan entri saya yang kesembilan...!! :D
Lelaman bagi gambar-gambar yang berikut: http://www.lizparrypr.co.uk/wp-content/uploads/2007/09/grazia-fc-23rd-june.jpg, http://princesshood.com/wp-content/uploads/2007/09/posh.jpg & http://asiancajuns.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

No comments:
Post a Comment